Permata Hati

Written By Mum of 3 kids on Saturday, 22 March 2014 | 3/22/2014 01:01:00 pm

HARI NI nak cerita mengenai anak-anak saya. Anak anugerah tak ternilai. Ada pasangan kahwin terus di kurniakan zuriat tapi kami kahwin 6 tahun baru di kurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kami tunggu-tunggukan selama ini. Syukur, Alhamdulillah. .. masa itu saya rasa amat teruja..ye la dah lama nantikan saat ini.

Tapi sebelum kehadiran Mohamad Adam Hanif, biasa la... mulut manusia ni kan... bertanya tak fikir perasaan orang. Siapa yg kahwin tak nak anak. Betapa saya kepingin sesangat tapi apakan daya kami hanya hamba Allah yang mampu merancang, selagi Allah belum izinkan... sampaikan saya malas nak balik kampung sebab malas nak mendengar pertanyaan dari saudara mara mengenai zuriat.

Ok... tutup citer sedih... Mohamad Adam Hanif nama di beri. Lahir dengan berat 2.35kg. Tapi ketentuan Allah kan... Adam lahir dengan kanannya bengkok macam kayu golf. Siapa kami nak menolak ketentuan Allah. Berkat kesabaran kami suami isteri, dari umur 10 hari, laki Adam di simen dan seminggu sekali perlu ke hospital untuk tukar simen baru. Semua tu kami tempohi dengan sabar. Belum citer Adam kena buat kasut khas, yang perlu di tempah dan harganya mahal... ummi dan ayah pun belum pernah beli kasut semahal itu. Demi anak tercinta kami korbankan jua. Sekarang Alhamdulillah kalau tak citer orang pun tak perasan pasal kaki dia.

Enam tahun selepas Adam.... aku hamil kembar. SYUKUR Alhamdulillah. .. masa itu tekanan di tempat kerja lagi. Tapi aku bersyukur walau pun tahun itu aku kurang dapat bonus atas sebab tertentu tapi 'bonus' yang saya dapat ini lebih bermakna. Doubke bonus tu... kembar perempuan.  Memang di nanti-nantikan baby girl sebab jarang antara anak buah yang last perempuan dah empat tahun.


Ops.... lupa nak citer setahun sebelum mengandung tu saya menjalani operation slipped disc di leher. Ada 4 titinium dalam leher ni..... Pesan doktor, berat nak kena kontrol kalau naik, sakit datang balik.




Tapi bila.mengandung berat dah tentu naik kan. Dah tentu kembar lak tu. Saya di nasihatkan kurangkan berjalan. Masa tu saya terpaksa suruh suami hantar dan bila balik saya naik bas sebelum ini saya perlu jalan 20 minit untuk ke tempat bas. Jauh kan....... dengan nak bawak perut. Dah macam mak peguin dah.... nak wat camner, cari rezeki. Nasib baik ada kawan yang menumpangkan saya hingga ke tempat bas. Saya di nasihatkan cuti sebulan awal dari tarikh due tapi kuasa Allah air ketuban pecah dan saya menjalani operation pada 09.09.2012 sepatutnye 19.09.2019. Lahir la puteri kembar kami, yang kakak Aliya Maisarah (1.8kg)  dan adik Alisha Damia (2.35kg).

I love my family



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.