Kepentingan Air Suam

Written By Mum of 3 kids on Sunday, 20 April 2014 | 4/20/2014 11:02:00 pm

Kita selalu di sarankan minum air kosong 3 liter sehari. Untuk apa? .... terutama Shaklee lovers , mengamalkan minum air itu baik untuk memastikan penyerapan suplemen yang kita ambil lebih cepat dan berkesan. Air juga mencukupkan bendalir dalam badan kita.

Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat, badan yang sihat dan segar, pengambilan air yang mencukupi adalah sangat di galakkan. Dan air yg paling bagus adalah air suam kosong bukan ais atau pun yang sejuk.  Air berkarbonat sebolehnya elakkan pengambilannya sebab kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan kegemukkan.



kebaikan minum air mencukupi ialah :-

1. MENGURUSKAN BADAN - kerana air suam tiada kalori, tiada gula dan lemak. Membantu diet anda.

2. MELANCARKAN SISTEM PENCERNAAN - 8 gelas sehari membantu pencernaan yang baik, dapat mengelakkan sembelit dan pembakaran kalori juga berjalan dengan baik.

3. MENINGKATKAN KESUBURAN - air suam dapat menghasilkan hormon testosteron untuk kaum adam dan hormonestrogon untuk kaum hawa.

4. MELAMBATKAN PROSES PERTU
MBUHAN ZAT YANG BOLEH MEN
YEBABKAN KANSER - air suam melambatkan pertumbuhan kanser  dan dapat mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. KECANTIKAN - pengambilan air yang kurang menyebabkab kulit kering  dan berkerut.

Air sebenarnya elok untuk perkumuhan. Dan ia mengeluarkan segala toksin dalam badan kita. Ada orang tak nak minum air sebab malas nak ke toilet. Itu salah! Ia boleh memudaratkan kesihatan. Silap -silap kita boleh kena kencing kotor.

so... jangan ada alasan malas nak minum selalu air ni di sediakan kat office free je pun. 


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.