Home » , , » Impian, keazaman dan kegigihan

Impian, keazaman dan kegigihan

Written By Mum of 3 kids on Wednesday, 27 August 2014 | 8/27/2014 08:30:00 am

Bila bercerita tentang impian semua org ada impian yang besar dan gila. Tapi setandingkah usaha kita menrealisasikan impian kita? Seronok bila membayangkan impian kita kan? Tapi bila, bagaimana dan di mana, itu semua Allah yang tentukan.


6 bulan dah saya berkecimpung dalam dunia Shaklee. Tipu la kalau saya kata saya tak pernah give up. Tapi saya ada cara saya sendiri. Saya ada mentor iaitu Dr Azizan Osman. Saya selalu baca update dan kata-kata semangat beliau di facebook. DOA pun sebelum berjaya macam hari ini melalu jatuh bangun beberapa kali. 


Saya suka berkawan dengan orang-orang yang positive di facebook. Saya ikuti perkembangan dan follow dari jauh. Bukan senang nak senang dan bukan susah pun hidup susah. Tak perlu buat apa-apa, cuma pandang dan lihat. Saya perlu cepat bangkit. Saya lakukan semua ini demi keluarga daya. Bila terasa lelah, saya tenung balik muka orang-orang yang saya sayang. 



Kita perlu ada perasaan iri hati atas kejayaan orang tapi jangan pula kita jadikan ia membunuh impian kita sebaliknya kita buat sebagai pemangkin untuk membakar semangat kita tak dapat lebih dari dapat duduk setaraf dengan orang yang kita iri hati itu memadai. Iri hati untuk berjaya macam mereka.


Fokus pada apa yang kita mahu jangan fokus pada masalah. Selagi kita yakin InsyaAllah akan ada jalan.

Semoga saya berjaya dalam apa yang saya ceburi. Kejayaan takkan datang bergolek. Doa, usaha dan yakin!.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.