Bagi anda yang mengikuti cerita pasal IVF dan perjalanan yang kami tempuh, minta maaf cerita tergendala sebentar. Ekoran kesihatan yang tidak mengizinkan. Perjalanan untuk kami meneruskan IVF tak semudah yang di sangka. Pelbagai onak dan liku yang terpaksa di lalui.
Semasa kami terima surat tajaan dari TAFF untuk buat IVF saya baru menjalani operation untuk sakit Slipped Disc. Di mana 4 cakera dari C3/C4, C4/C5, C5/C6 dan C6/C7 yang telah tergelincir dan rosak telah di ganti dengan cakera Titinium. Mengikut kata doktor saya perlu menguatkan otot di leher terlebih dahulu. Saya di nasihatkan menjaga berat badan sebab berat badan naik memberi impak kepada sakit saya. Di situ perasaan berdolak dalik ada, mampukah aku dapatkah aku meneruskan IVF sebab bila sudah mengandung pasti berat akan naik. Alhamdulillah, sempena bulan Julai bulan kelahiran saya, kami pertama kalinya berjumpa Dr. Wong Pak Seng yang mana doktor dan Hospital yang dipilih dibawah tajaan dari TAFF.
Perasaan berdebar-debar itu ada. Bila kami mulakan check up, antara masalah yang kami hadapi ialah masalah Cyst. Saya perlu tangani masalah cyst terlebih dahulu. Sebab cyst menghalang proses IVF. Selalunya Antara masalah yang sering di hadapi oleh pasangan dan Jalan penyelesaian nya dengan kaedah IUI atau pun IVF ialah masalah tiub tersumbat, masalah sperma yang kurang atau kurang aktif, dan yang gagal mengandung cara normal. Semasa kami membuat IVF suplemen juga penting untuk membantu masalah hormon baik untuk saya dan suami saya. Kami tidak sahaja bergantung kepada ubat yang doktor suggest. Terus terang perjalan kami pernah 'berehat' sebentar dengan memulihkan semangat dan kami try cara kami dengan support suplemen. Oleh itu kepada yang mencuba IVF dan sekiranya result yang doktor bagi kurang memuaskan jangan mudah terus berputus asa. akan ada jalan sekiranya kita terus berusaha dan ikhtiar.
Alhamdulillah, di pendekkan cerita saya berjaya hamil kembar berkat kesabaran, bantuan Dr Wong Pak Seng dan dengan izin Allah. Penjagaan hamil kembar tak semudah yang di sangka. Tapi kami ikut semua nasihat doktor. Pada masa ini sokongan suami, ahli keluarga dan orang sekeliling penting. 2 minggu saya di beri mc berehat. Sepanjang 2 minggu ini saya terbaring di katil. Selepas melalui fasa ini doktor menasihatkan saya jangan lasak, jalan banyak berjalan. Selama 9 bulan ini saya saya di tatang macam minyak yang penuh pergi kerja di hantar sampai office cuma balik saya tumpang kawan sehingga ke tempat bas. Alhamdulillah saya tidak mengalami alahan yang teruk semasa hamil cuma tak tahan bau yang busuk. Almaklum lah naik public transport.
Cukup 8 bulan doktor nasihatkan saya ambil cuti awal sebab takut bersalin awal. Jika di ikutkan tarikh saya bersalin 19.09.2012 tapi pada malam 7.09.2012 air ketuban dah banyak keluar kerana bimbang saya awarded di Sunway Hospital tepat kul 00.30 08.09.2012 dan saya di beri suntikkan untuk mematangkan kandungan. Alhamdulillah 09.09.2012 selamat lah lahir puteri kembar kami dengan cara pembedahan.
Alhamdulillah atas pemberianmu ya Allah. Kami bersyukur sebab memberi ketabahan melalui pengalaman ini.
p/s ... Shaklee boleh membantu masalah hormon dan cysct
... masalah sperma pula boleh di bantu dengan Vit E, Zinc dan coQ 10.
sesiapa yang memerlukan konsultasi boleh hubungi saya 0133413974
saya jual Shaklee
saya makan Shakee
Alhamdulillah, di pendekkan cerita saya berjaya hamil kembar berkat kesabaran, bantuan Dr Wong Pak Seng dan dengan izin Allah. Penjagaan hamil kembar tak semudah yang di sangka. Tapi kami ikut semua nasihat doktor. Pada masa ini sokongan suami, ahli keluarga dan orang sekeliling penting. 2 minggu saya di beri mc berehat. Sepanjang 2 minggu ini saya terbaring di katil. Selepas melalui fasa ini doktor menasihatkan saya jangan lasak, jalan banyak berjalan. Selama 9 bulan ini saya saya di tatang macam minyak yang penuh pergi kerja di hantar sampai office cuma balik saya tumpang kawan sehingga ke tempat bas. Alhamdulillah saya tidak mengalami alahan yang teruk semasa hamil cuma tak tahan bau yang busuk. Almaklum lah naik public transport.
Gambar kami bersama Dr Wong Pak Seng |
Gambar kami bersama Sultanah Pahang yang mencemar duli dalam majlis meraikan bayi-bayi TAFF |
Alhamdulillah atas pemberianmu ya Allah. Kami bersyukur sebab memberi ketabahan melalui pengalaman ini.
p/s ... Shaklee boleh membantu masalah hormon dan cysct
... masalah sperma pula boleh di bantu dengan Vit E, Zinc dan coQ 10.
sesiapa yang memerlukan konsultasi boleh hubungi saya 0133413974
saya jual Shaklee
saya makan Shakee
Subhanallah. Best sangat pengalaman ni, sangat berharga. Dapat anak kembar pula tu. :)
ReplyDeletealhamdulillah... syukur sangat2. rezeki Allah nk bagi
Delete