Bila terbaca di dada akhbar mahu pun berita di televisyen seriau jadinya. Bagi ibu bapa yang bekerja kami tiada pilihan sama ada menghantar anak-anak ke Taska atau di rumah pengasuh. Tak kan nak menyusahkan mak dan ayah di kampung menjaga cucu mereka. Sebab di usia sebegini mereka pun dah tak larat nak menjaga kerenah cucu-cucu.
Seawal pagi kami dah menghantar anak-anak dengan harapan memberi amanah untuk pengasuh atau pun Taska menjaga keselamatan anak-anak, makan dan pakai terjaga. Tapi kenapa terjadinya kes penderaan? Tidak terfikirkah anda amanah yang di beri itu perlulah di laksanakan dengan baik? Ibubapa anak-anak ini membayar upah seperti mana yang dah di tetapkan.

Gambar hiasan |
Cuba bayangkan jika anak anda yang di perlakukan begitu? Jadi tak kira lah anda seorang pengasuh atau pun pihak Taska.... tolong la jalankan amanah dengan betul. Ibubapa memberi amanah sebab mereka percaya dengan anda.
Bekerjalah dengan ikhlas, insha Allah besar ganjarannya untuk orang yang amanah dan sabar.
0 comments:
Post a Comment