Reward Diri

Written By Mum of 3 kids on Sunday, 14 December 2014 | 12/14/2014 01:44:00 am

Nak di jadikan cerita, hari ini jadi assistant Cik Suami pergi order besi untuk bengkel weldingnya. Di sebabkan Cik Suami ada hal dan perlu ada di Cheras awal pagi. Saya pun pergi ke Kilang besi bersma Adam Hanif (ank bujang kami la)..... first time perg order besi tapi nasib baik la Cik Suami dah tulis detail apa yang perlu di order dan berapa harga ... kalau tidak kena ketuk la saya yang memang tak tahu menahu pun pasal harga besi ni. Selepas task yang Cik Suami bagi saya pun bergegas ke bengkel Cik Suami untuk tinggalkan salinan Invoice untuk dia ambil nanti sebelum jam 12 , sebab hari ni kan hari sabtu. kilang hanya beroperasi setengah hari sahaja. Sampai di bengkel, Cik Suami belum gerak lagi, jadi la saya dan Adam Ke Cheras tanpa di plan. Panjang la akalkan ... dah alang-alang ke Cheras tu apa lagi, Ke Mines la kita. So ... dapat la saya pergi Ke The Big Bad Wolf Book Sale.


Kalau ikut plan saya, esoknya saya nak ajak Cik Suami pergi selepas kenduri Kahwin sedara di Pantai Dalam. Ini kali pertama saya pergi ke Big Bad Wolf Book Sale. Selalu dengar atau baca status kawan-kawan bestnya pergi sale dia. Mahu tak best murah-murah bukunya. Tapi di sebabkan Cik Suami tak dapat parking saya dan Adam saja yang pergi jadi tak boleh la saya nak berlama-lama untuk memilih buku. Alhamdulillah, dapat lah 4 buah buku saya capai dan 5 buah buku bacaan untuk Adam Hanif.


Tapi saya berjaya menahan hati, kalau dulu saya minat gila lah dengan novel-novel cinta ni, kalai ni walau pun harga murah semurah RM5.00 saya hanya menjeling sekilas pandang. Sebab kali ini saya lebih gemar nak mengumpul buku motivasi dan pasal Suplemen dan kesihatan.

Membaca menambah ilmu, ini lah cara saya Reward diri, mungkin cara anda dan saya berbeza.


2 comments:

  1. Betul..reward diri selepas penat bekerja..saya suke gadjet..hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka juga... tapi ikut bajet juga la.. tapi buku paling akak suka

      Delete

Powered by Blogger.