Kata orang tak kenal maka tak cinta. Rata-rata kalau saya kenalkan Vivix terkejut la dengar harganya. Mungkin pada mereka mahal lah sangat, benda apa ni.... entah iye ntah tidak? Berbaloi ke tidak? Banyak lah persoalan yang timbul di benak fikiran itu. Tapi hairan, bila bab kesihatan rata-rata sayang nak keluarkan duit tapi lebih rela menghabiskan ke shopping complex, melancong dan beli barangan mewah yang lain. Pernahkah anda terfikir, bila anda sakit berguna lagi ke Handbeg yang mahal, kasut yang mahal, Jam Tangan Berjenama dan dapat kah anda pergi melancong bersama keluarga jika anda sakit?? itu semua dah tak bermakna kan! Mood pun dah ke laut.
Sebelum kita menidakkan kebaikan Vivix, apa kata kita berkenalan dulu dengan Vivix.
Apa itu VIVIX dan apa isi kandunganya:-
Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Ianya mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Tersenarai di atas adalah kebaikan, khasiat dan manfaat Vivix. Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Vivix bertindak dalam 4 cara:
1. Mempertahankan sel (cell defense)
2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)
3. Memperbaiki sel (cell repair)
4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)
Apa yang lebih menarik tentang Vivix Shaklee?
10 KEBAIKAN VIVIX!
1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan
PERANAN POLYPHENOL
Kebanyakan Polyphenol adalah antioksidan yang sangat kuat dan mampu meneutralkan radikal bebas di dalam badan.
Untuk mengelakkan kerosakan dalam tubuh menjadi semakin kritikal, kita perlu ambil makanan atau supplement yang bersifat meneutralkan segala pencemaran yang masuk ke dalam badan.
Selain itu Polyphenol juga berpotensi untuk mengurangkan radang dan memperlahankan perkembangan tumor.
Cara untuk ketahui sama ada buah-buahan atau tumbuhan tersebut mengandungi polyphenol adalah rasa kelat masam.
Di dalam tumbuh – tumbuhan, polyphenol berperanan untuk menyerang serangga perosak dan memberi warna kepada tumbuhan.
ANTHOCYANINS
Polyphenol juga bertindak untuk memberi warna kepada tumbuh-tumbuhan iaitu warna ungu. Pigmen warna ungu ini juga dikenali sebagai anthocyanins.
Anthocyanins bertugas untuk melindungi sel-sel utama dalam badan, menghapuskan radikal bebas dalam tubuh sekaligus mencegah sakit jantung.
Ia melindungi jantung dengan cara memperlahankan proses darah bergumpal dan merupakan anti radang yang baik.
APA ITU RESVERATROL?
Resveratrol adalah salah satu cabang dari keluarga Polyphenol yang amat kuat.
Analoginya adalah Polyphenol itu seorang emak.Salah seorang anaknya adalah Resveratrol.Anak yang bernama Resveratrol ini adalah anak yang paling hebat antara semua anak Polyphenol.
Resveratrol adalah sejenis antibiotik untuk tujuan perlindungan tumbuh-tumbuhan.
Ia di hasilkan secara semulajadi oleh beberapa jenis tumbuh-tumbuhan semasa mereka di dalam situasi tegang. Contohnya seperti semasa tumbuhan di serang kulat, musim kemarau, radiasi ultraviolet dan semasa tumbuhan di serang radang.
Resveratrol membantu tumbuh-tumbuhan tersebut untuk melawan keadaan yang memungkinkan tumbuhan untuk mati – seterusnya mengekalkan tumbuh-tumbuhan dalam keadaan sihat dan subur.
Kandungan resveratoral di dalam tumbuhan yang paling tinggi adalah di bahagian biji mereka.
Kedua tertinggi adalah pada bahagian kulit buah yang bertanggungjawab untuk melindungi isi buah daripada dirosakkan oleh kulat atau cuaca persekitaran.
4 TUMBUHAN YANG MENGANDUNGI KANDUNGAN RESVERATROL & POLYPHENOL YANG TINGGI
Terdapat 4 jenis buah dan tumbuhan yang amat kaya dengan resveratoral.
TUMBUHAN #1 : ANGGUR MUSCADINE.
Anggur ini adalah anggur yang sangat besar.
Kulit anggur muscadine adalah sangat tebal untuk melindungi buah anggur daripada dirosakkan oleh kulat atau cuaca sekeliling.
Anggur muscadine ini mampu tahan cuaca panas dan tidak berapa perlukan suhu sejuk.
Ia juga sangat tahan lasak sehingga tidak memerlukan semburan racun perosak untuk kekal subur.
Kulit & biji anggur ini lah yang mengandungi kandungan Polyphenol yang sangat tinggi.
Antara keluarga Polypenol di dalam anggur muscadine ini termasuklah resveratrol, ellagic acid (yang berperanan untuk membantu usaha merencat pertumbuhan sel kanser), anthocyanins, etc.
TUMBUHAN #2 : LOBAK UNGU
Lobak secara umumnya terdiri dari 5 warna berbeza – lobak ungu, lobak hitam, lobak putih, lobak oren dan lobak merah.
Setiap lobak mempunyai kandungan nutrisi yang berbeza.
Di antara semua lobak, lobak ungu mempunyai kandungan polyphenol yang paling tinggi.
TUMBUHAN #3 : EUROPEAN ELDERBERRY
European elderberry adalah tergolong dalam keluarga berry. Buah ini mempunyai kandungan polyphenol iaitu jenis anthocyanin yang tinggi.
Tumbuhan ini telah digunakan sebagai tumbuhan perubatan oleh orang asli dan pakar herba sejak bertahun lamanya. Daun, bunga, buah dan akar tumbuhan ini telah membantu penyakit bronkitis, batuk, selesema dan demam.
Bunga dan buah European elderberry juga digunakan di dalam perubatan tradisional Austria untuk rawatan liang pernafasan, mulut, kulit dan penyakit berjangkit seperti demam dan influenza.
Buku pertama mengenai perubatan menggunakan European elderberry ini di tulis oleh pakar fizik German iaitu Martin Blochwich pada tahun 1620-an.
TUMBUHAN #4 : POLYGANUM CUSPIDATUM
Polyganum cuspidatum atau juga di kenali sebagai Japanese knotweed adalah sejenis tumbuhan renek kategori yang mampu bertahan lebih dari dua tahun.
Ia berasal dari negara Jepun, Korea dan China. Polyganum Cuspidatum juga banyak di dapati di Amerika Utara dan negara-negara Eropah.
Bagaimana Vivix bertindak:
1. Membaiki dan melindungi sel
Fungsi terbaik vivix ialah membaiki dan melindungi sel dari dirosakkan oleh radikal bebas. bukan bermakna sel kita tak rosak terus jika kita ambil vivix, tetapi kadar kerosakan itu diperlahankan dan dapat dilindungi oleh resvertrol dan polyphenol yg tinggi dalam vivix. Percaya atau tidak, tapi inilah fungsi vivix yang tidak didapati dalam supplemen lain.
2. Mempertahankan dan mengawal genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur sel. Dalam satu penemuan utama dalam ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.
3. Memberi tenaga kepada sel (mitokondria)
Satu lagi tindakan hebat vivix ialah dipanggil mitokondria ataupun penjana tenaga kepada sel. Mitokondria mempengaruhi prestasi sel. Jika kecekapan mitokondria menurun, prestasi sel juga akan memendekkan usia sel. Ramuan vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tenaga dalam sel.
4. Meningkat prestasi sel dan melambatkan penghasilan protien AGE
AGE (Advance Glycation End products) adalah bahan akhir hasil daripada diproses oleh sel badan. Ia sgt mebahaya dan merosakkan pada tahap selular. Age ini boleh menyebabkan kerosakan pada sel2 dan juga sistem tubuh badan manusia. Ia boleh menyebabkan banyak punca kepada penyakit kronik jika dibiarkan tanpa pencegahan.
Vivix mengandungi 10 kali ganda lebih kuat Resveratrol yang mampu melambatkan pengumpulan protien Age dalam sel tubuh manusia.
Vivix mengandungi 10 kali ganda lebih kuat Resveratrol yang mampu melambatkan pengumpulan protien Age dalam sel tubuh manusia.
Hubungi saya Shaklee Independent Distributor
Royanty Baruddin (id :1082999)
Hp : 0133413974
0 comments:
Post a Comment